Blog ini hanyalah refleksi kepada sebuah kehidupan. Allah ciptakan alam ini agar kita dapat belajar darinya. Kita hanya perlu membuka mata hati untuk mencari apa yang tersirat agar ilmu yang telah sedia ada dapat ditingkatkan lantas disebarkan kepada khalayak agar ianya tidak sia-sia. Ya Allah ya Tuhanku, kenapa payah sungguh untuk aku mengenalimu, sukar sungguh untuk aku mendekatimu. Kenapa setiap kali tiba di persimpangan, jarang sekali aku memilih jalanmu. Adakah telah hitam hatiku, adakah telah gelap pancaindera ke-enamku. Ya Allah, masihkah ada lagi persimpangan untuk ku, agar aku dapat memilih jalan mu selama-lamanya.

Wednesday, October 6, 2010

Bercinta Sampai Ke Syurga

Syukur kepada Allah aku panjatkan kerana di celah-celah kekhilafan diri telah Dia bukakan jalan menuju kepadaNya...

Pada 5 oct, telah berlangsungnya forum "BERCINTA SAMPAI KE SYURGA". Bagi aku forum ini bukanlah platform untuk persediaan diri menuju alam baru;alam perkahwinan. Tapi ianya merupakan platform untuk aku memuhasabah atau menilai diri agar dapat "bercinta sampai ke syurga". Fuhh..buih2 ayat cinta ni. hehe.. Content seterusnya hanyalah sebahagian sahaja input yang sempat aku salin. Yalah, kalau nak salin semua memang susah la. Listening rate and writing rate aku tak selari. Harap-harap content kali ini dapat dikongsi dan diamalkan dalam kehidupan kita dalam mencari tiket untuk ke syurga.

CINTA ADALAH MAKANAN KEPADA HATI, JANGANLAH KITA TERSALAH MEMILIH CINTA TAKUT HATI AKAN DIKOTORI.

Oh, untuk mendapatkan impak yang lebih ketika membaca, kalau sapa2 yg pernah dengar Ustazah Bahyah berceramah, bleh la imagine intonasi percakapan dia. Lagi terkesan kot, hehe..

************************************************************************************



Apakah ke syurga yang indah itu modalnya CINTA?

Cinta adalah fitrah insan.Ada cinta yg membawa bahagia.Ada cinta yg membawa derita. Cinta boleh membawa ke syurga & sebaliknya.

Definisi cinta:
Sebagai manusia biasa,dalam hati kita tidak akan terlepas dari perasaan cinta kerana ia adalah fitrah manusia. Hamka berkata, " Cinta adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia. Ia adalah seperti setitis embun yang turun dari langit putih dan suci".

Cinta itu boleh datang dari dua sumber. Yang pertama dari penciptanya iaitu Allah SWT. Yang kedua dari nafsu yang perhiasannya adalah kata2 hasutan syaitan.

Maka cinta mana yang kita pilih, cinta mana yang telah kita telah kita miliki. Adakah kita telah mendapat cinta yang putih suci seperti titisan embun di pagi yang dingin?

Cinta itu kemudian ada beberapa peringkat.

1. Cinta agung iaitu cinta kita kepada Allah, pencipta seuruh alam termasuklah perasaan cinta

2. Cinta sederhana iaitu cinta yang ada dalam hati sepasang suami isteri, cinta anak kepada ibubapanya, cinta sesama saudara

3. Cinta yang hina dan buta iaitu cinta yang mampu membuat seorang anak menderhaklai ibubapanya dan melupakan ALLAH di sepanjang perjalanan cinta itu.

"Sebelum kita mengasihi sesama manusia, cintailah dahulu Allah SWT"

"Cinta hebat kekal lama, cinta Allah paling utama"

Lalu kita akan bertanya,

"Dari mana mulanya cinta, bukan dihati tapi dimata?"

Andainya cinta itu datang dari mata, lantasa bagaimana mendidik hati supaya cinta itu selari dengan tuntutan agama? Antara cara-cara mendidik hati ialah;

1. Hidup dalam beribadah kepada Allah. Jangan ditinggalkan solat kerana itulah benteng kepada hati. Kerana solatlah yang akan menunjukkan kita jalan yang lurus.

2. Sentiasa berada di dalam majlis ilmu. Di situlah dapat dicari keberkatan yang dapat membimbing hati dalam membuat perhitungan.

3. Berdamping dan bersahabatlah dengan mereka yang dapat menunjukkan contoh yang baik. Jika ingin bercinta, carilah mereka yang benar2 bercinta bertunjangkan cinta Agung dan bukannya bertunjangkan cinta hina dan buta.

4. Sentiasalah berdoa supaya Allah membimbing dan memberi pedoman dalam kita meniti titian cinta.

Carilah cinta yang suci, cinta yang akan kekal sehingga ke syurga nanti. Bagaikan cinta Saidina Ali kepada Siti Fatimah si isteri. Berkata Saidina Ali di hadapan makan isternya,
" Wahai kekasihku, jauh di mata, dan tiada lagi di sisi. Tapi di hatiku tak pernah padam."

Lantas, bagaimana hendak membawa cinta ke syurga. Maka pastikan cinta kita melalui 2 fasa;

1. Mesti ada dalam hati kita rasa takut kepada Allah iaitu khaufullah. Kerana bila kita ada perasaan takut kepadaNya, kita akan sentiasa ada sifat malu. Dan rasa malu ini dapat mengelakkah kita dari 4 P iaitu pandangan yang melebih-lebih, pegang-pegangan, peluk-pelukkan dan penzinaan.

2. Mendapat keredhaan ibu bapa. Biarlah cinta yang kita cari itu cinta yang diredhai dan diberkati oleh kedua ibu dan ayah. Janganlah pula kita menjadi anak derhaka yang membuatkan si ibu menitis air mata, dan si ayah kecewa duka. Siapalah kita tanpa mereka. Walaupun kita rasa pasangan yg dicari itu adalah sempurna namun belum tentu kita kan bahagia, maka merana lah kita di dunia dan akhirat.

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya turutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.

Jangan ikut hawa dan nafsu, nanti di akhirat meranalah diri.

Walaubagaimanapun, ada yang telah berusaha mencari cinta, namun tak berjumpa. Antara petua-petua yang diberikan ialah

1. Jika ada kemungkinan kita disihir, amalkan membaca surah Yunus ayat 81-82 (doa menghapus sihir) dan surah Baqarah ayat 285-286 ( pendinding dari sihir).

2. Amalkan doa ringan jodoh iaitu surah Yusuf ayat 4

3. Pintalah si ibu mendoakan kita selalu

4. Berpuasa pada hari jadi

5. Rajin melakukan solat hajat

6. Lalu, apabila telah datang calonnya, beristikharahlah


Cinta adalah fitrah insan. Ada cinta yg membawa bahagia. Ada cinta yg membawa derita. Cinta boleh membawa ke syurga & sebaliknya.

Di pengakhiran forum, ustazah sampaikan sebuah pantun, tapi si author tak sempat nak salin habis. sebab panjang sngt. Tapi rasa nak letak jugak kat sini. hehe.. Pantun ni tak lengkap sngtla;

Adakah cinta kita bagaikan cinta Uda dan Dara
yang tersadung di pusara.
Bagaikan Romeo dan Juliet,
sanggup berbunuh diri.
Bagaikan Shah Jehan,
mengukir Taj Mahal sebagai bukti hingga terpotong tangan si arkitek.
Adakah cinta kita bagaikan cinta Rasulullah dan Khadijah,
membawa ke firdausi.
Rabiatul Adawiyah cinta Allah,
hingga ke akhir hayat hingga terbuka pintu syurga
Adakah cinta kita ke syurga atau neraka?
Cinta menjadi rahmat bila iman menjadi pendinding


Marilah kita renungkan baik2 doa yang aku jumpa ini..


Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


*************************************************************************************
Semua content di atas adalah dari ahli panel termasuklah pantun-pantun sekali. Andai ada tersilap bahasa atau penyampaian, Bolehlah maklumkan kepada author. Besar kemungkinan dia tersilap basa tulisan nya sendiri. hehe.. Wallah hu alam.

No comments:

Post a Comment