Blog ini hanyalah refleksi kepada sebuah kehidupan. Allah ciptakan alam ini agar kita dapat belajar darinya. Kita hanya perlu membuka mata hati untuk mencari apa yang tersirat agar ilmu yang telah sedia ada dapat ditingkatkan lantas disebarkan kepada khalayak agar ianya tidak sia-sia. Ya Allah ya Tuhanku, kenapa payah sungguh untuk aku mengenalimu, sukar sungguh untuk aku mendekatimu. Kenapa setiap kali tiba di persimpangan, jarang sekali aku memilih jalanmu. Adakah telah hitam hatiku, adakah telah gelap pancaindera ke-enamku. Ya Allah, masihkah ada lagi persimpangan untuk ku, agar aku dapat memilih jalan mu selama-lamanya.

Monday, November 1, 2010

Ya Allah..Kau sungguh dekat, Tapi aku selalu lupa

Terkedu dan terpaku, baru hari ini aku tahu kenapa aku selalu suka sngt baca satu surah ni setiap kali membuka quran sejak bertahun-tahun lamanya. tiap-tiap kali nak baca quran, mesti aku pilih untuk baca surah ni. rupa-rupanya ayat2 yg terkandung ada kaitan dengan diri dan hidupku. Alhamdulillah..sebenarnya Allah memang tak pernah meninggalkan hambaNya, hambaNya sahaja yg sering melupakanNya. Aku bersyukur sngt2..dan tiada kata yg dapat aku ungkapkan atas rasa kesyukuran ini.

Wednesday, October 13, 2010

Langit Tidak Selalunya Cerah

“Ah..tgk dia tu, bahagia ja. Nasib dia selalu baik. Tak pernah rasa susah, sedih. Ish..kenapa aku tak macam dia"

Pernahkah anda bermonologue seperti di atas. Aku pernah. Hehe..tengok org bergelak ketawa terlintas la ayat2 perangsang minda ni. Selalu rasa mcm ni kalau tgk cik kak n cik abg senyum riang sambil bejalan di tepi jalan. Huhu.. tak pun, bila tgk cik kak2 gumbira balik dari dating. Huhu..kes jealous la ni. Haha.

Tapi aku selalu ingat kata-kata hikmah yang aku reka sendiri. Berbunyi begini;(sebenarnya aku tak tau cam mana nak bg ayat aku ni ada kesinambungan)

“ Mana ada orang dalam dunia ini akan sentiasa senang, gembira, tak sedih, tak ditimpa hujan. Setiap manusia yg Allah cipta tu akan diberi ujian. Sama ada dugaan tu adalah untuk menguji keimannya atau sebagai balasan dosa yg lalu, walla hu alam. Itu berbalik kepada si penerima dugaan. Tapi semua orang akan terima dugaan. Cuma ada yang diduga Allah sekejap saja, ada pula yg lama sepanjang hidup. Ada yang Allah bg dugaan di awal hidup nya, ada pulak di akhir2 usianya. Yang pasti, semua hamba nya akan diduga. Tak kisahla alim atau tidak, tinggi ilmu agamannya tau tidak, semua pasti akan diduga.

Sedangkan Rasulullah diberi dugaan sepanjang masa ketika hayatnya, inikan pula kita hamba biasa.

Ingat, kepada sesiapa yg tengah menghadapi dugaan, tak kisah la dugaan putus cinta ka, ilang kerja ka, assignment hilang sebab virus ka, atau apa2 jenis dugaan yang anda terima, jangan pernah sesekali putus asa dan mengeluh di tepi pintu beranda. ( sebab bilik aku ada beranda). Kerana hikmah yang paling utama di sebalik semua dugaan itu adalah supaya kita berbalik kepada-nya. Maka luahkan keluh kesah mu di atas bentangan sejadah, menangis lah kamu di hadapanNya kerana hanya Dia yang dapat menunjukkan siratul mustaqim yang mungkin selama ini telah kita abaikan.

Allah bagi dugaan sebab nak tengok hambanya akan menjadi lebih dekat kepadanya atau pergi lebih jauh dariNya.

Dan kepada sesiapa yang rasa-rasa tak pernah lagi diberi dugaan oleh Allah, perkuatkanlah iman dan hatimu. Sentiasa ingat yg langit tak selalunya cerah. Lantas, bila tiba2 Allah memberi dugaan dalam bentuk apa sekalimu, kau telah bersedia.

Apa yang penting, bersyukurlah andai kau masih di dalam dugaan Allah, kerana itu tandanya Dia menyayangimu. Berdoalah agar dugaan di dunia dapat memudahkan kesulitan perjalananmu di akhirat kelak. Wallah hu alam.

Wednesday, October 6, 2010

WAJAH BLOG YG BERUBAH

Harap maaf, disebabkan tangan blogger ni gatal2 nak ubah background, maka inilah hasilnya. Pembaca akan mengalami kesukaran membaca kerana color font yg tak bleh nak ubah walaupun berpuluh2 kali di ubah. huhu..mungkin kerana buta IT, so memang tak jadi2. hehe..

Bercinta Sampai Ke Syurga

Syukur kepada Allah aku panjatkan kerana di celah-celah kekhilafan diri telah Dia bukakan jalan menuju kepadaNya...

Pada 5 oct, telah berlangsungnya forum "BERCINTA SAMPAI KE SYURGA". Bagi aku forum ini bukanlah platform untuk persediaan diri menuju alam baru;alam perkahwinan. Tapi ianya merupakan platform untuk aku memuhasabah atau menilai diri agar dapat "bercinta sampai ke syurga". Fuhh..buih2 ayat cinta ni. hehe.. Content seterusnya hanyalah sebahagian sahaja input yang sempat aku salin. Yalah, kalau nak salin semua memang susah la. Listening rate and writing rate aku tak selari. Harap-harap content kali ini dapat dikongsi dan diamalkan dalam kehidupan kita dalam mencari tiket untuk ke syurga.

CINTA ADALAH MAKANAN KEPADA HATI, JANGANLAH KITA TERSALAH MEMILIH CINTA TAKUT HATI AKAN DIKOTORI.

Oh, untuk mendapatkan impak yang lebih ketika membaca, kalau sapa2 yg pernah dengar Ustazah Bahyah berceramah, bleh la imagine intonasi percakapan dia. Lagi terkesan kot, hehe..

************************************************************************************



Apakah ke syurga yang indah itu modalnya CINTA?

Cinta adalah fitrah insan.Ada cinta yg membawa bahagia.Ada cinta yg membawa derita. Cinta boleh membawa ke syurga & sebaliknya.

Definisi cinta:
Sebagai manusia biasa,dalam hati kita tidak akan terlepas dari perasaan cinta kerana ia adalah fitrah manusia. Hamka berkata, " Cinta adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia. Ia adalah seperti setitis embun yang turun dari langit putih dan suci".

Cinta itu boleh datang dari dua sumber. Yang pertama dari penciptanya iaitu Allah SWT. Yang kedua dari nafsu yang perhiasannya adalah kata2 hasutan syaitan.

Maka cinta mana yang kita pilih, cinta mana yang telah kita telah kita miliki. Adakah kita telah mendapat cinta yang putih suci seperti titisan embun di pagi yang dingin?

Cinta itu kemudian ada beberapa peringkat.

1. Cinta agung iaitu cinta kita kepada Allah, pencipta seuruh alam termasuklah perasaan cinta

2. Cinta sederhana iaitu cinta yang ada dalam hati sepasang suami isteri, cinta anak kepada ibubapanya, cinta sesama saudara

3. Cinta yang hina dan buta iaitu cinta yang mampu membuat seorang anak menderhaklai ibubapanya dan melupakan ALLAH di sepanjang perjalanan cinta itu.

"Sebelum kita mengasihi sesama manusia, cintailah dahulu Allah SWT"

"Cinta hebat kekal lama, cinta Allah paling utama"

Lalu kita akan bertanya,

"Dari mana mulanya cinta, bukan dihati tapi dimata?"

Andainya cinta itu datang dari mata, lantasa bagaimana mendidik hati supaya cinta itu selari dengan tuntutan agama? Antara cara-cara mendidik hati ialah;

1. Hidup dalam beribadah kepada Allah. Jangan ditinggalkan solat kerana itulah benteng kepada hati. Kerana solatlah yang akan menunjukkan kita jalan yang lurus.

2. Sentiasa berada di dalam majlis ilmu. Di situlah dapat dicari keberkatan yang dapat membimbing hati dalam membuat perhitungan.

3. Berdamping dan bersahabatlah dengan mereka yang dapat menunjukkan contoh yang baik. Jika ingin bercinta, carilah mereka yang benar2 bercinta bertunjangkan cinta Agung dan bukannya bertunjangkan cinta hina dan buta.

4. Sentiasalah berdoa supaya Allah membimbing dan memberi pedoman dalam kita meniti titian cinta.

Carilah cinta yang suci, cinta yang akan kekal sehingga ke syurga nanti. Bagaikan cinta Saidina Ali kepada Siti Fatimah si isteri. Berkata Saidina Ali di hadapan makan isternya,
" Wahai kekasihku, jauh di mata, dan tiada lagi di sisi. Tapi di hatiku tak pernah padam."

Lantas, bagaimana hendak membawa cinta ke syurga. Maka pastikan cinta kita melalui 2 fasa;

1. Mesti ada dalam hati kita rasa takut kepada Allah iaitu khaufullah. Kerana bila kita ada perasaan takut kepadaNya, kita akan sentiasa ada sifat malu. Dan rasa malu ini dapat mengelakkah kita dari 4 P iaitu pandangan yang melebih-lebih, pegang-pegangan, peluk-pelukkan dan penzinaan.

2. Mendapat keredhaan ibu bapa. Biarlah cinta yang kita cari itu cinta yang diredhai dan diberkati oleh kedua ibu dan ayah. Janganlah pula kita menjadi anak derhaka yang membuatkan si ibu menitis air mata, dan si ayah kecewa duka. Siapalah kita tanpa mereka. Walaupun kita rasa pasangan yg dicari itu adalah sempurna namun belum tentu kita kan bahagia, maka merana lah kita di dunia dan akhirat.

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya turutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.

Jangan ikut hawa dan nafsu, nanti di akhirat meranalah diri.

Walaubagaimanapun, ada yang telah berusaha mencari cinta, namun tak berjumpa. Antara petua-petua yang diberikan ialah

1. Jika ada kemungkinan kita disihir, amalkan membaca surah Yunus ayat 81-82 (doa menghapus sihir) dan surah Baqarah ayat 285-286 ( pendinding dari sihir).

2. Amalkan doa ringan jodoh iaitu surah Yusuf ayat 4

3. Pintalah si ibu mendoakan kita selalu

4. Berpuasa pada hari jadi

5. Rajin melakukan solat hajat

6. Lalu, apabila telah datang calonnya, beristikharahlah


Cinta adalah fitrah insan. Ada cinta yg membawa bahagia. Ada cinta yg membawa derita. Cinta boleh membawa ke syurga & sebaliknya.

Di pengakhiran forum, ustazah sampaikan sebuah pantun, tapi si author tak sempat nak salin habis. sebab panjang sngt. Tapi rasa nak letak jugak kat sini. hehe.. Pantun ni tak lengkap sngtla;

Adakah cinta kita bagaikan cinta Uda dan Dara
yang tersadung di pusara.
Bagaikan Romeo dan Juliet,
sanggup berbunuh diri.
Bagaikan Shah Jehan,
mengukir Taj Mahal sebagai bukti hingga terpotong tangan si arkitek.
Adakah cinta kita bagaikan cinta Rasulullah dan Khadijah,
membawa ke firdausi.
Rabiatul Adawiyah cinta Allah,
hingga ke akhir hayat hingga terbuka pintu syurga
Adakah cinta kita ke syurga atau neraka?
Cinta menjadi rahmat bila iman menjadi pendinding


Marilah kita renungkan baik2 doa yang aku jumpa ini..


Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


*************************************************************************************
Semua content di atas adalah dari ahli panel termasuklah pantun-pantun sekali. Andai ada tersilap bahasa atau penyampaian, Bolehlah maklumkan kepada author. Besar kemungkinan dia tersilap basa tulisan nya sendiri. hehe.. Wallah hu alam.

Diri kita adalah hadiah kepada dia

"DIRI KITA ADALAH HADIAH KEPADA PASANGAN KITA"
Dipetik dari kata-kata seorang ustaz muda (masihkah kau ingat kata-katamu ini?) hehe

Diri kita adalah hadiah kepada pasangan kita...berusaha untuk jadi yang terbaik untuk dia..tapi macam mana kalau dia tak pernah bagi yang terbaik..ish ish ish..sakit jiwa raga kalau pikirkan..

Beberapa bulan yg lepas, aku sempat berbicara dgn sowang ustaz ni. kebetulan ustaz ni buka soal jodoh plak kat aku..Nasihat suh cari jodoh cepat2 dan yg baik baik. Aku plak p tanya dia " ustaz, bukan jodoh tu allah dah tetapkan ka dari azali". Ustaz tu pun buka la ceramah dia kat aku. Tu la, pandai2 sngt p tanya.. Jawapan dia memang betul la, dah ditetapkan tapi kita kena usaha dan berdoa. Doa supaya dia dikurniakan akhlak yg mulia. Kalau sekarang perangai dia buruk, mana tau nanti bleh berubah. Aku pun tanya lagi," jadi ustaz, usaha tu maksudnya kena berkawan la kan". Ustaz tu jawab," Berkawan la, tak da salah nya selagi tak melanggar syariat".

Jangan hidup dek pujian, jangan mati dek kejian.

Lamanya tak update blog ni. Bukan apa, sebenarnya banyak isu aku nak kupas2, mcm kupas kulit epal tu. Tapi setelah aku amik kira bab2 sensitivity manusia2 yg mungkin.. mungkin.. mungkinlah akan baca post aku, jadi aku decide utk hanya simpan dalam folder kat laptop ni ja. huhu.... Maka, setelah kejayaan aku mengepost beberapa post di bulan ramadhan (heh..supposedly ada dalam 20 posts), aku tukarkan nama blog ni kepada 3o HARI MENCARI HIDUPKU (sebab ramadhan dah lepas)

Alhamdulillah, hari ini menerima 4 pujian.. huhu.. "Jgn hidup kerana pujian, takkan mati kerana kejian"

"oh god, u look so young to do master...really? you look like 21 "

"nazihah, are u working?".."no".."u know, you are very good giving command in class during the presentation...always smile is the advantage"

"nazihah, saya rasa awak ni nanti... memang boleh jadi isteri yg baik la"

"bagusnya soalan yang awak tanya kt forum tadi"

Hehe.. memang jangan hidup kerana pujian, tapi jadikanlah pujian sebagai landasan ke arah cahaya kebaikan.

SAY PEACE, NO TO ISRAEL !

Tuesday, September 7, 2010

SATU PETANG DI DALAM TEKSI

Adakah anda suka naik teksi? aku tak tau la apa pendapat orang lain, tapi aku agak suka la juga naik teksi. macam-macam cerita aku dapat bila naik teksi ni. kadang-kadang ada yang boleh buat kita kagum. tapi kadang-kadang, bila dengar cerita pemandu teksi ni, aku terpikir "betul ka tak pak cik ni? sebab cerita dia ni terlalu extraordinary". bukan apa, asal aku naik teksi yang pemandu dia ramah, mesti anak-anak blajar oversea la, pandai-pandai belako. ish..sampai kadang-kadang aku jadi musykil.

ish3 tak baik us luzon..huhu. kali terakhir aku naik teksi, masa nak balik kg untuk raya. biasala, sebab beg berat sngt, aku lebih prefer la naik teksi dari mengangkut beg berat naik bas. bila naik teksi ni, pak cik ni ramah la plak org nya. sebetulnya, aku dah kenal pakcik ni, ya la teksi dalam univ ni bukan nya berubah2, org yg sama ja.

dalam aku dok melayan pemandangan kat luar tetiba pakcik tu tanya," dik, bahasa inggaris ok?"
aku pun dengan rendah hati jawab,"ok la..biasa2 ja pak cik. dah blajar kat uia, kena pandai la BI ni".

"kalau cakap ngn org, rasa confident tak?"

aisey pakcik ni, nak buat survey ka," boleh la pak cik, sebab saya penah kerja kat tempat yg kena deal ngn foreigner. (dulu aku kerja kat skybridge klcc, mmg ramai foreigner la)."

"tu la..budak melayu la ni, tak berani nak cakap bi, anak pakcik dapat 11 A 1, tpi bi dia dapat B. ish, macam mana tu". fuyoo..satu lagi kisah anak pemandu teksi yg berjaya yg aku dengar. sebenarnya bnyk gak la cerita2 cam gini aku jumpa, atau pun isu english ni. kadang2 ada plak yg offer anak dia tuk aku, dia kata anak dia blajaq oversea, engineer. tapi AWAS! kita tak kan dapat tau yg mana satu betul atau tak. haha!

berbalik kepada cerita pak cik teksi ni, aku ada terpikir la satu benda. tentang isu english ni. ramai org tanya, kenapa budak melayu takut nak cakap dalam BI? apa masalah nya? kalau budak2 yang study english pun kadang2 ada yang tak confident nak guna bahasa ke2 ni. kadang2 kalau jumpa foreigner, nampak ja dia macam nak tanya, terus cabut. haha..mungkin tak brapa nak yakin la kot, takut tersalah cakap.

tapi bagi aku, aku tak pernah lagi berdepan masalah cam ni. aku bukannya fasih berbahasa inggeris. cuma kalau nak ajak berborak, beramah mesra tu ok la. cuma apa yg aku tak berapa berkenan ialah expectation ataupun tanggapan org pada budak2 yg tau BI ni. org ingat golongan yg belajar BI ni fasih bercakap BI. cakap nak kena lancar, bak kata org melayu BERHABUK ABIS LA SPEAKING BI, MACAM AIR. kadang2 ada plak yang memandang rendah pada mereka yg tak dapat nak cakap BI perfectly like native speaker of english. haa..ni la masalahnya. yang ada persepsi macam ni, org malaysia ja. org putih tu tak penah kisah pun, hang pakai manglish ka, chinglish ka..as long as the communication takes place, no problem la.

ni tak, org kita ni, bila dengar org lain cakap bi yang macam speaking melayu, mula la nak memandang rendah. ada yg kata"ish..belajar tinggi, tapi speaking macam english melayu,slang kedah" (bukan aku..hehe..). aku pun tak tau la nak komen apa sebab yg bg kritikan macam ni selalu nya anak malaysia lidah org putih. maka dia pun terlupa la asal usul dia. jadi bila dah berdepan dgn situasi kritikan cam ni, ada la yg akan rasa rendah diri.

walau macam manapun, wahai pengkritik2 di luar sana.. tolong la paham beberapa hal. tak semua org dapat lahir dalam keluarga yg cerdik pandai, belajar kat oversea, pernah tinggal kat luar negara. kat rumah plak, cakap BI, jadi slang anda memang purely western english la. tak macam kami yang tak pernah guna bi kat umah, duduk kat kampung, tak penah kenal sorang pun org putih dalam hidup kami. jadi tolong la jgn menimbulkan isu adakah kami fasih atau tak. maka jgn la nak mengkritik kebolehan berspeaking kami. andai kata background hidup kami sama seperti anda, tu lain cerita la.

lagi satu. aku tak berapa impress la ngn anak malaysia yg tak tak ada latar belakang english, tapi bangga dapat cakap slang BI sampai org yg dengar pun nak kena dengar elok2, pastu nak bg kritikan pada org 2 macam kami. aku tak nampak apa-apa masalah kalau kita sebab 2nd language leaners tak dapat nak master speaking skill 100% asalkan boleh converse and be understood, itu dah cukup. jadi kepada mereka di luar sana, tak payah la rasa rendah diri pada org-org putih yg makan sambal belacan ni...

"Idung kemek, makan sambal belacan, ada hati nak panggil nama pearl. panggil PIAH sudah" dari novel PEARL PIAH.

Wednesday, August 25, 2010

Gara-gara cuai

gara-gara cuai, aku terpaksa kumpul semua idea-idea penulisan blog dalam buku dengan tulisan yang dua tiga kali aku kena baca, sebab tak faham. huhu.. antara isu yang menarik perhatian aku ialah cultural shock (yg ni memang favoourite, dah lama sngt nak tulis), saf dalam solat, definisi common sense dan bab tanggungjawab. walaubagaimanapun, kudrat amat kurang buat masa ni. insyaallah, usai semua tugasan, akan aku curahkan isi yang terbuku di sini.harap2 ada yang dapat dimanfaati bersama.

30 Hari Mencari Ramadhanku...: Antara agama, harta, keturunan dan rupa...

30 Hari Mencari Ramadhanku...: Antara agama, harta, keturunan dan rupa...: "Semalam aku tengok satu video ni (yg kat atas tu la), pastu aku baca la komen-komen org tentang pasangan ni. Ada yang sokong si Samad, ada ..."

Tuesday, August 24, 2010

Antara agama, harta, keturunan dan rupa...

Semalam aku tengok satu video ni (yg kat atas tu la), pastu aku baca la komen-komen org tentang pasangan ni. Ada yang sokong si Samad, ada plak yg sokong si Sheril. Ada yang kata baik tinggal ja perempuan tu sebab dia reject laki tu sebab duit, sebab harta. Ada plak yg suh si samad tu cari yg beragama, sebab pompuan tu materialistik. Aebab duit tak menjanjikan apa-apa. Pilih agama lagi afdal. Tapi bagi aku la...(sebelum aku teruskan dengan komen aku, sila beri ruang kepada aku untuk golek-golek sebab aku nak tergelak sampai sengkak perut akusebab pikirkan rakaman ni..hahahahaha!!! @@~~).. bagi aku la, dua-dua, si Samad ngn si Sheril ni belum layak lagi dipanggil sebagai calon yang baik kalau nak diikutkan 4 garis panduan dalam islam.

soal agama, Kenapa? Kita kata, "Samad, ko cari la pompuan lain. Pilih yang beragama.Elok skit" Masalahnya, Samad ni org yg berilmu agama ka? kalau lah si samad ni org yang berilmu agama, dia takkan la talipon radio tu dan mengadu hal diorang. tidak kah dia sedar yang dia sedang memalukan pompuan tu ngn family dia. rasanyanya, kalau pompuan tu nak hina si samad, dia mesti cakap face to face dan bukannya di khalayak ramai? siapa yang sedang mencurah minyak tanah ke atas bara api? maka, adakah si samad ni layak untuk menjadi suami dan pemimpin keluarga? bila bercakap tentang perempuan tu pulak, dari segi pertuturan, nilai agama sama ja ngn si samad, sebab dia kurang sabar. kalau dia baik, dia letak saja talipon tu.

kedua, tentang rupa..hhmmm..mungkin betul, samad tu kurang pasa rupa. kalau tak takkan la dengan penuh yakin si sheril memperelekhkan hal ni. haha!! si sheril, 50 50 kot, sebab dalam hal ni, si perempuan yang dah dapat pengganti. pendek kata, rupa ialah sesuatu yang abstrak. kita tak bleh nak berhujah. bak kata org putin" beauty lies in the eyes or beholder".

soal ketuurunan, no komen. kalau nak komen, kena pergi majlis putus tunang. kalau keluarga tu baik2, maka diterima keputusan putus tunang dengan baik. kalau tak, perang dunia ketiga la melanda.

lastly, the biggest issue la, soal harta @ duit @ material. aku tak mau la bias bila kupas isu harta ni. sebab ..hehehe..bagi aku memang la salah satu yang penting dalam membina hidup. kita tak bleh la nak kritik si perempuan sebab dia memandang harta. cuba la anda duduk dalam kasut perempuan tu. kepada kaum Hawa, cuba angkat tangan siapa yang sanggup kawin dengan samad? mmm...angkat dengan yakin, bukan teragak-agak. bleh bilang ngn jari kot. kita tak bleh salahkan perempuan kalau dia mengambil kira harta sebagai permulaan hidup. hidup zaman sekarang ni, kalau sekadar kais pagi makan pagi, nak beli barang pun pikir dua tiga kali, siapa yang sanggup. mintak maaf, sesiapa yang tengah ada kerja tetap, gaji beribu2, lahir dalam keluarga senang, dimintak jgn jawab soalan ini. anda tak layak. sebab anda tak tau erti susah. cabaran membesarkan anak-anak dalam dunia yang nak beli pampers pun mahal betul. jadi semestinya si sheril tadi tak mau hidup susah. mungkin dia dah pikir masa depan siap2. kita tak bleh salahkan dia, sebab dia boleh memilih.

bagi kaum adam pulak. kalau anda duduk di tempat samad, sila jawab dengan jujur. rasa2 di tahun berapa perkahwinan anda akan anda dapat hidup senang? tak payah pikir dua tiga kali nak beli barang untuk anak-anak? tak payah kerja siang malam, tinggalkan isteri sorang-sorang menjaga anak-anak? tahun ke-5 @ ke-10? dunia yang penuh dengan pancaroba sekarang ni, bnyk dugaan, mampukah bahtera yang dibina berlayar?

biar aku jawab, ada org yang akan kawin dengan si samad. kalau yang sanggup sehidup dan semati dengan si samad, memang aku tabik. mungkin dia berilmu agama, ada jati diri. kalau dia anak org kaya, tak payah nak heran la. tiap-tiap bulan boleh mintak dengan mak bapak. kalau dia tiada harta, mungkin sebab dah biasa hidup susah, jadi tak pernah kisah hidup susah. mungkin dia fikir, "susah hanya sekejap, dengan usaha, abg samad bleh berjaya". hehe

kalau si sheril plak, mungkin harta yang dikejar. tapi kita tak tau apa definisi harta untuk dia. kalau nawaitu dari awal berkahwin sebab harta, macam-macam bleh jadi nanti. buatnya, si boifren baru dapat tau niat awal dia putus tunang, mungkin memberi kesan pada hubungan masa depan.

last but not least, aku nak komen la si DJ yang jadi org tengah tu. memang tak layak pun nak mengacara segmen macam ni. dia ni bukannya air untuk memadam api, tapi minyak tanah untuk memarakkan api. haha!

walau apa apun panduan yang kita guna untuk mencari pasangan, tepuk dada tanyalah masa depan anda sendiri. semua panduan dalam agama tu hanya lah sebagai titik permulan sebuah garisan hidup. belum tentu lagi ia bakal menjadi noktak di penghujungnya.

"sesungguhnya permulaan yang baik, bukanlah suatu jaminan. Ia hanya sebuah permulaan."

HASRIZAL ABDUL JAMIL. 2009. BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

Wallah hu alam..@@~~

Friday, August 13, 2010

SKETSA DI BULAN RAMADHAN..

Allah hu akbar, allaaaaahhhh hu akbar..

"Wei, cepat2 dah azan...buka puasa cepat"

"Eh, nanti kita nak trawikh kat mana? Masjid semalam imam dia baca lambat la, lenguh gila kaki aku."

"Tapi aku dgr, masjid tu rotate imam, maybe mlm ni imam lain kot"

"Kalau kita trawikh kat surau hostel cam mana?"

"Oh no!..tak mau la, surau tu buat 8 saja, tapi imam dia baca 1 juzuk, 8 kat situ sama ngn 20 kat masjid kot abis dia."

"la..tu lagi dahsyat, bleh pengsan kot aku. Kita p masjid ja la."

Mmm...rasanya,dialog mcm kat atas tu dah biasa kita dgr kalau sampai bulan Ramadhan. Isunya, nak g terawikh kat mana yan g imam baca laju..Laju tu, nak-nak macam ketapi kot. Huhu.. Kalau org tua-tua, menda cam gini bukan lah satu masalah pun. Tapi bab trawikh ni anak-anak muda la yang bnyk songeh. Haha , adakah aku tegolong? Mungkin. Haha!

Tapi ya la, mungkin trawikh dibuat sekali setahun. Selalunya solat 5 waktu bleh ekspress, Secepat 5 minit shj. Manakala trawikh, paling kurang sejam. Kalau 8 rakaat la. Kalau 20 bleh sampai 2 jam lebih. Persoalannmya, adakah niat mencari masjid yg cepat terawikhnya tu dikira niat atau pun tak. Maksud aku, pahala solat terawikh nanti macam mana. Kita ni dikira ikhlas ka nak bertarawikh. Mmm...tapi bila bertarawikh lama2 ni, kalau tak khusyuk...mata pun bleh melilau merata2.. Sebut pasal khusyuk ni, teringat aku terawikh malam ke-2, aku memang tak khusyuk la. Masa tu solat tgkt 4 masjid UIA. Dok saf depan sekali. Tgh2 solat tu ada budak kecik dok belari2 depan saf. Itu biasa la. Tapi aku dah mula tak khusyuk bila budak tu dok memanjat2 penghadang depan aku yg tingginya separas pinbggang dewasa. mula la mata kau dok usha budak tu kejap2 ; takut tergelincir jatuh.. Aduh.. Dalam dok risau2 tak terasa plak terawikh dah nak abis. Allah..Doa2 terawikh aku mlm tu diterima..

Cakap tentang khusyuk tu kadang2 kita bleh cari. Kalau tak makan bnyk, perut tak penuh sngt, Insyaallah setakat 8 tu semua org mampu.. Nak memilih imam pun aku rasa tak payah la..Rata2 memang solat terawikh akan lama. Nak beza pun dalam 10-15 minutes ja. Allah, sabar ja la. Ramadhan bukan selalu. Bukan kah salah satu hikmah berpuasa ialah mengajar kita erti sabar. Termasuk la sabar menyelesaikan terawikh..

Sama-sama lah kita berdoa moga amal ibadah kita untuk ramadhan kali ini diterima Allah seperti mana ibadah hamba-hambaNya yang soleh dan solehah. Amin... @@~~

Wednesday, August 11, 2010

Terawikh Semalam

Maghrib semalam, aku berkesempatan lagi berjemaah di masjid. Lantas dilanjutkan ibadah hingga terawikhku yang pertama untuk Ramadhanku kali ini. Sementara menunggu solat Isyak, sempat juga aku menyambung pembacaanku iaitu buku Bercinta sampai ke syurga oleh Hasrizal Abdul Malik. Agak letih juga disebabkan kelas hari ini yang agak lama ( dari jam 2 sampai 7, yang hampir2 membuatkanku tersenguk2 ..huhuu).

Ketika sedang membaca,kadang-kadang terganggu juga dengan suara lunak seorang muslimah membaca Quran. Ya la, kalau dah namanya lepak di masjid, mesti la bacaan Quran yg sering kita dengar. Tapi, suara muslimah ni betul2 menarik perhatian ku. Mungkin volume dan frekuensinya agak tinggi dari yang lain. huhu..Namun, terdetik sedikit rasa kurang enak ketika itu. Bukanlah inginku mengkritik bacaannya, memang merdu..lunak..mungkin hampir perfect bacaannya, Cuma disebabkan seperti yg ku katakan tadi, frekuensi dan volume bacaanya nya yang terlalu tinggi membuatkanku terpaksa mengulangi bacaannklu pada tiap-tiap baris 2 3 kali. Alamat satu muka surat pun takkan dapat aku habiskan hari ini. huhu..

Kupandang sekeliling. Ahh, ada yang sedang bersolat di tepi muslimah tadi. Khusyukkah dia bersolat? Tidakkah bacaan solatnya bercampur aduk ngn bacaan muslimah tadi?. Astraqfirullahh al azim, syak wasangka ni tak baik. Tapi itu lah, mungkin muslimah yg sedang membaca Quran tadi kurang common sense. Lagi sekali ku katakan, bukan kritikan yg uingin disampaikan, tapi kesedaran untuk mempunyai common sense dengan ilmu yang telah Allah berikan.Dan common sense ini bulanlah common sense yang diangkat daripada ilmuan barat yang telalu bergantung pada logical reasoning, tapi common sense yang Islam ajarkan for the benefit of society.. Kalau dalam mengeluarkan fatwa atau perundangan dalam Islam, memang ini dititik beratkan "what is good for the society that will not give burden to them". Aku berikan analogy untuk masalah aku di masjid tadi. Kita ambil ibadah berwudhuk sebagai contoh. Berwudhuk itu ibadah, dalam keadaan apa pun, wudhuk tetap ibadah. Pahala yg mengiringinya. Akan tetapi cara kita berwudhuk itu mungkin tak sama. Katakan ada dua org berwudhuk A dan B. Si A wudhuknya diambil dengan cermat dan penuh adab, dan si B lagi wudhuknya diambil dengan kasar. Hingga terpercik air wudhuknya kepada si A yang lagi sorang. Lantasa terpaksala si A mengulangi wudhuknya. Nah! bukankan si B telah menyusahkan si A. Hendak ditegur takut berlaku percanggahan, mana tau ada perbezaan pendapat. Dan itulah yg terjadi padaku semalam.

Masihku ku ingat akan satu kejadian di malam perkahwinan sepupuku. Suaminnya seorang muallaf dari sarawak. Maka seluruh keluarga yang semuanya bukan beragama Islam datang bermalam di rumah nenekku. Malam itu malam jumaat. Selalunya, malam jumaat ni, kita selalu baca surah yassin. Ibuku sibuk di dapur menyediakan makan malam, manakala mak cik ku sudah usai bersolat magrib dan memulakan bacaan yassinnya di ruang tamu. Ketika itu, tiada bilik kosong. Maka semua berkumpul di ruang tamu menunngu makan malam.

Tiba-tiba ibu berkata " sian la kat famly Aidil tu ( yg bukan beragama islam), mesti depa takut dengar makcik baca yassin".

"Pasaipa mama? Awat plak nak takut", soalku.

"Ha la, kalau kita dok kat tempat depa, mai tempat asing, paihtu kita tengok depa dok puja2 sembahyang. takut dak? Kalau makcik baca pelan2 pun tak pa. Ni sampai satu umah dengaq. Mesti depa takut tu" , kata ibuku.

"Ha.. betui gak", aku mengiya. Lantas ku pandang keluarga suami sepupuku. Ya la, ada juga riak kurang senang..diam ja..

Usai makcikku membca yassin, ibuku menegur, " Kak, awat baca kuat sngt? Kesian kat depa. Depa takut pa."

Out of nowhere, makcikku menyeringa," Pasipa nak baca pelan-pelan! Biaq bagi depa dengaq! Bagi depa tau skit!"

Pergh..silap timing ibu aku tegur. Ibuku ingin membalas lantas aku sabarkan. Ya la, kalau bab2 macam ni, nak bertelagah memang susah la nak selesai. Tapi aku paham niat ibu dan message dia tu. Kalau pikir2 kan, betul juga apa yang ibuku katakan. Bukannya menegah makcikku beribadat, Tapi hanya perlu menghhormati keadaan sekeling. Samalah juga dengan situasi membaca quran. Nah, inilah situasi bilamana ideologi dan nilai pahaman ilmu kita berbeza. Asasnya semua ada tapi yang mendokongnya supaya kuat tak semua ada.

Berbalik kepada masalah aku tadi, seingat-ingat aku, kita hendaklah merendahklan suara ketika membaca quran sewaktu orang lain beribadat. Wallah hu alam. Tapi itu lah ilmu common sense yg aku ada. Lagipun, bacaan kita bukanlah untuk halwa telingan org, tapi untuk Allah,. Kadang2 bila berhadapan dengan situasi ni, terpikir pula "nak menunjuk yg awak tu baca quran sedap ke?".. astara firullah al azim..

Islam itu agama yg pengisisannya penuh dengan ibadah. Yang ibadah tetap ibadah. Tetapi cara kita menjalankan ibadah itu yang meletakkan nilainya. Ada org cincai-cincai saja menjalankan ibadah..cukup makan la katanya. Ada org berhati-hati dalam beribadat takut tersalah jalan. Pendek kata ibadah itu semuanya pahala. Akan tetapi cara kita menunaikannya menjadi perbezaan.

Alhamdulillah, malam semalam aku telah dapat satu peringatan dari Allah, dalam beribadah haruslah kita menghormati org sekeliling. Solat terawikh usai pada rakaat ke-8 kerana terlalu letih dan jam pun sudah pukul 10. Mataku terasa amat berat untuk dibuka. Doaku, ini bukanlah terawikh terakhirku. Amin. @@~~

30 hari mencari Ramadhanku dimulakan dengan kejayaan mencari tiket balik kampong. Sungguh gumbira bukan kepalang..Berjaya jugak tahun ni aku balik naik keta api berkatil bawah..Walau pun agak mahal dari naik bas dan lambat sampai dari naik bas, still, berbaloiii. Sedang mengusha tiket ni, terpikir plak..Bagaimana Ramadhan kali ini..Sambutan Ramadhan dan Syawal macam peredaran masa..Berubah-ubah angin kehangatannya. Bagi sesetengah kita, hari-hari sebegini mungkin akan lebih meriah atau pun hambar.. Bagi aku, mungkin Ramadhan dan Syawal kali ini akan berbeza dari sebelum-sebelum ni, tapi aku harapkan kelainan Ramadhan dan Syawal nanti ad lah dibawah payung rahmatNya. Insyaallah. Maka dengan berbesar hati nya ingin aku tayangkan tiket ini…kerna 30 hari mencari ramadhanku takkan berseri tanpa tiket BALIK KAMPUNG..OOO…BALIK KAMPUNG..(tlg nyanyi lagu sudriman semasa anda membaca entry ni). Hehe..